Program Jodoh Hartanah.
Sertai Kami Menjadi Ahli.

Program Disediakan
0
tajuk
0
Ahli Konsultan
0
unit terjual
0

Apakah itu Program Jodoh Hartanah ?

Satu program eksklusif yang mendedahkan cara menambah pendapatan bulanan sambil mendalami ilmu hartanah. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menaik taraf diri anda. Luangkan sedikit masa dan berikan komitmen untuk sertai bersama kami!

Jodoh Hartanah Kerjaya

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mendalam mengenai peluang kerjaya dalam industri hartanah serta kepentingan pemilikan hartanah kepada semua rakyat Malaysia. Program ini akan memberi gambaran yang lebih jelas mengenai bagaimana hartanah boleh menjadi aset bernilai dan membuka pelbagai peluang untuk meningkatkan kestabilan kewangan dan kehidupan.

New Consultant Orientation

Program ini memberi pendedahan awal serta membentuk ahli baru dalam dunia hartanah agar mereka dapat menguasai proses membantu orang ramai memiliki rumah dengan cara yang betul. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan teknik pemasaran terkini serta kaedah yang betul dalam aspek teori dan praktikal.

Blueprint: How To Start

Program ini dirangka khas untuk membantu ejen hartanah berpengalaman yang ingin mendalami ilmu hartanah secara menyeluruh. Ia menawarkan pendedahan terkini dan menyeluruh dalam bidang hartanah bagi memperkukuh semula keupayaan serta keyakinan mereka dalam menjana jualan dengan lebih berkesan.

The Apprentice

Program ini membantu peserta tingkatkan kemahiran jualan dan pemasaran hartanah dengan bimbingan terus dari ketua agensi. Peserta dapat akses percuma database prospek, belajar dengan modul 8 Sales Circle, dan aktiviti diselia oleh Team Leader. Program ini juga termasuk lawatan tapak projek dan pengiktirafan untuk prestasi terbaik.

High Intensity Training & Agency Class

Program ini bertujuan untuk membentuk ejen hartanah — sama ada yang berpengalaman mahupun yang baru — agar mahir dalam bidang jualan dan pemasaran, serta mampu memberikan khidmat nasihat hartanah yang tepat dan berkesan. Di samping itu, program ini turut memupuk motivasi dan menyemai semangat dalam diri ejen untuk mencapai impian membantu lebih ramai orang memiliki rumah.

Program Leadership

Program ini bertujuan melahirkan usahawan berjiwa pemimpin yang mampu membina dan memimpin kumpulan bagi membantu lebih ramai orang memiliki rumah. Peserta turut didedahkan dengan pengetahuan awal serta maklumat terkini agar mereka dapat mengurus pasukan dengan lebih berkesan dalam aspek pemasaran dan jualan.

Visi Koperasi

  • Menjadi peneraju koperasi hartanah dalam pendidikan, penjualan dan pelaburan hartanah

Misi Koperasi

  • Membangunkan tenaga mahir dalam Akademi Usahawan Hartanah Bersatu Berhad.
  • Mewujudkan aktiviti pemasaran dan jualan untuk ahli akademi
  • Membina usaha sama dengan syarikat pemaju hartanah dalam membangunkan unit-unit rumah.

8 Sales Circle

Ketahui dengan lebih mendalam tentang setiap topik untuk membuat jualan yang banyak !

Prospecting

Approach

Fact Finding

Appointment

Presentation

Handling Objection

Closing

Servicing

Syarat Kenaikan Pangkat

Jom Mula Sekarang

Jana pendapatan dengan membina ilmu hartanah