Masukkan salah satu username yang telah disenaraikan & Password
Di paparan ini, sila pilih check available property untuk semak unit yang masih tersedia
Anda perlu mengisi maklumat di bahagian property, booking date dan property sale campaign.
Bagi property sale campaign, anda perlu memilih blm untuk mengelakkan caj bayaran awalan bagi unit yang anda pilih seperti yang dinyatakan di dalam gambar di atas
Di paparan ini, terdapat senarai unit yang masih tersedia. Anda boleh menyemak maklumat seperti size rumah, harga, kempen yang terlibat dan lain-lain.
Setelah semak maklumat unit, anda perlu klik di bahagian sell property
Langkah seterusnya, anda perlu mengisi di bahagian Booking Origin dan Interested purchase method.
Untuk Booking origin, anda perlu memilih sumber iklan yang anda terima dari pilihan yang diberi. Manakala interested purchase method ialah jenis pinjaman pembeli.
Seterusnya, anda perlu menekan butang Add Row dan dibahagian customer name, anda perlu memilih create a new customer di bahagian bawah seperti di dalam gambar di atas.
Sila isi semua maklumat yang diminta di dalam kotak merah dan klik butang save.
Setelah mengisi semua maklumat pembeli, anda wajib tick di bahagian Primary Corresponding supaya maklumat pembeli disimpan di dalam sistem.
Seterusnya, sila pilih dalam pilihan yang diberi samada pembeli membeli rumah yang pertama atau tidak
Anda perlu menyemak semua maklumat pembeli dan unit sebelum menekan butang save
Langkah seterusnya, anda perlu lampirkan semua dokumen di dalam kotak merah dan menekan butang submit seperti gambar di atas
Akhir sekali, semua maklumat yang telah masukkan akan keluar di paparan ini dan anda perlu pastikan status Pre-Booking tertera seperti contoh di dalam kotak merah untuk mengesahkan tempahan unit