Alhamdulillah, Allah gerakkan hati Tuan/Puan untuk membantu kami

TENTANG KAMI

Pusat Tahfiz Harum Lilbanat ditubuhkan dengan matlamat untuk melahirkan generasi muslimah yang bukan sahaja mahir dalam hafazan Al-Quran, tetapi juga berakhlak mulia dan berilmu. Kami percaya bahawa pendidikan berteraskan Al-Quran dan Sunnah adalah kunci utama dalam membentuk insan yang beriman, berilmu dan beramal.

Sebagai sebuah institusi tahfiz khusus untuk pelajar perempuan, kami menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif. Kurikulum kami menggabungkan hafazan Al-Quran, pengajian agama serta ilmu akademik bagi memastikan pelajar mendapat pendidikan yang seimbang.

Di Pusat Tahfiz Harum Lilbanat, para pelajar dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dan berdedikasi. Kami juga menekankan nilai-nilai murni seperti disiplin, tanggungjawab dan kecintaan terhadap ilmu. Dengan izin Allah, kami berusaha untuk melahirkan generasi hafizah yang mampu berbakti kepada keluarga, masyarakat dan ummah.

SIJIL & PENGIKTIRAFAN RASMI

BERAPA DIPERLUKAN SETIAP BULAN

RM7,500 Diperlukan/Sebulan

Kira-kira anggaran dana RM7,500 diperlukan sebulan untuk menampung kos perbelanjaan, kebajikan dan pengurusan di HARUM LILBANAT

KENAPA PERLU BANTU KAMI

Sumber kewangan untuk operasi Tahfiz banyak bergantung pada sumbangan ramai dan juga pengasas sendiri. Kami memerlukan sokongan untuk:-

  • Membantu untuk membeli barang keperluan tahfiz dari segi makanan, kelengkapan harian dan alat bantu belajar.
  • Membantu untuk membayar bil utiliti elektrik dan air yang sering tertunggak.
  • Membiayai kos elaun guru tahfiz yang sudah tertunggak.

KHAS BUAT PENDERMA PUSAT TAHFIZ HARUM LILBANAT

“Buat masa sekarang kami sedang berusaha mencari dermawan yang sudi membelanjakan sebahagian harta untuk kelancaran operasi pengajian di sini”.

“Sesungguhnya sumbangan tuan puan amat berharga dan menjadi saham akhirat buat kita semua”.

SEGERA TAJA INFAK PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN PELAJAR DI BAWAH

Maklumat Tambahan:

1. Bagi pembayaran menggunakan payment gateway ToyyibPay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada Tetuan Pusat Tahfiz Harum Lilbanat. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami

2. Pembayaran termasuk RM1.00 caj payment gateway ToyyibPay.

3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60148386711 (Encik Faiqin)

Infaq Seikhlas Hati